Monday, September 22, 2008

REFLEKSI P & P TERAKHIR

Setelah saya menjalankan dua kali P & P yang melibat TMK, kali ketiga ini hati saya telah tidak berasa ketakutan dan keresahan. Ini disebabkan tunjuk ajar dan komen dari pensyarah pembimbing saya Encik Yau yang begitu manfaat dan berfaedah terhadap saya.
Kali ini masa terhad kerana hanya satu waktu untuk saya meyampaikan P & P yang dirancangkan dengan rapi. Kali ini saya memang memikul cabaran yang tinggi kerana saya perlu membahagikan masa dengan sepenuhnya. Malangnya, murid-murid telah membazirkan 5 minit untuk beratur dan mengambil tempat. Apabila mereka masuk ke dalam makmal komputer, suasana menjadi tidak terkawal dan keadaan hiruk-pikuk. Murid-murid sibuk dengan pemilihan tempat. Selepas teguran saya, murid-murid telah dapat mengawal diri dan patuh pada tatatertib. Ini telah menyebabkan P & P saya dijalankan dengan lancar dan tidak mempunyai halangan.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online