Thursday, September 18, 2008

REFLEKSI P & P 15/09/2008

Sebelum menjalankan P & P ini, hati saya pun berdebar-debar, saya berasa khuatir dan bimbang terhadap kelas ini. Saya takut tidak dapat mengawal ketenteraman kelas ini lagi kerana kali ini pensyarah datang menyelia.

Tetapi kerisauan saya adalah tidak bermakna kerana semasa P & P dijalankan, murid-murid tahun 2 sangat berdisiplin dan bekerjasama dengan saya. Disiplin kelas dapat dikawal dengan baik dan mereka duduk di tempat masing-masing, tidak berdiri dan berlari ke sini dan ke sana. Terutamanya bagi murid Lim Wen Ren yang menghidapi autistik dan hiperaktif, dia dapat memberi kerjasama dengan saya.

Saya berasa gembira dan senang hati kerana anak murid dapat memahami dan mengikuti arahan saya dengan sepenuhnya. Mereka tidak berasa kelam-kabut walaupun kali pertama menghadapi P & P yang melibat TMK.

Secara kesimpulannya, saya agak berpuas hati dan berasa berjaya P & P saya kali ini. Pensyarah telah memberi markah penyeliaan sebanyak 85%. Komen beliau ialah hasil pembelajaran saya haruslah eksplisit dan walaupun dwi-bahasa dibenarkan tetapi pemberatan harus fokus dalam Bahasa Malaysia. Ini merupakan kelalaian saya kerana saya hanya mementingkan kefahaman murid mengakibatkan saya sering menjelaskan maksud sesuatu perkataan dalam Bahasa Cina. Saya akan memperbaiki kesilapan ini.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online